Much has been discussed on how Augmented Reality (AR) can help motivate students and help them to gain more meaningful learning. AR is also listed in the trends in e-learning for year 2018, which indicates the relevance and significance of studies on AR. Currently I have 4 students (two master and two undergraduate) who are in the midst of doing a research on AR. Congrats on your presentations - Farhaha, Nadhira, Hazeem and Izyan! Looking forward to hearing a good result from the AR stuff your are developing!
1 Comment
Lagi siaran tertunda.
Cerita Ogos nan lalu tetapi masih kejap di hati. Sudah agak lama tidak diajak berbengkel jauh dari kampus Bangi. Yang bagus apabila berbengkel di luar adalah kerana masa yang lebih panjang untuk menelaah segala dokumen dan merapikan penulisan. Sehingga lewat malam pun jemari masih mengetuk aksara, otak masih ligat menjana idea. Alhamdulillah, terima kasih buat ketua projek TRGS Prof Dr Ruhizan yang menjemput kami. Namun jemputan ini bukan untuk bersuka-suka. Sekurang-kurangnya tiga manuskrip untuk jurnal terindeks dihasilkan dengan jaya. Peluang yang ada ini juga kami isi dengan perkongsian idea secara santai. Mazzlida - pelajar PhD di bawah seliaan saya nyata mendapat banyak input untuk memantapkan bab beliau. Tidak kurang juga Mariam dan Nani yang sama-sama duduk semeja. Tiada yang mustahil. Benar, jika fokus sepenuhnya diberi untuk penulisan (dan putuskan hubungan dengan social media/whatspp/telegram/emel) inshaAllah kita sebenarnya mampu menghasilkan sesuatu yang sangat produktif. Berapa ramai daripada kita yang tidak dapat berpisah dari telefon bimbit ketika menulis? Cubalah tips ini - off kan handphone - lupakan FB, Twitter, WhatsApp atau Telegram. Fokus untuk sejam dahulu dan anda akan dapat lhiat hasilnya! Jom perangi PROCRASTINATION!! :) Alhamdulillah it always feel good to see how well your student had shown their progress. To me, the most satisfying moment is to witness my students' ability to talk about their research confidently and convinced others of the desisions made. Congratulation Ila and Syaida who had successfully presened their Project 2 findings. I do hope that this sharing session will benefit others too. Keep up everyone! Your destination is just a few step ahead! Assalamualaikum dan salam sejahtera BAGI YANG BARU MENEMUI ENTRI INI, BOLEH RUJUK MAKLUMAT TERKINI TENTANG PROSEDUR TERSEBUT DI SINI Ramai antara penyelidik khususnya dalam bidng pendidikan yang menjalankan penyelidikan melibatkan para guru serta pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah mahupun di IPG dan Kolej Matrikulasi. Satu prosedur penting yang harus dilalui sebelum seseorang penyelidik menjalankan proses pengumpulan data adalah mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu. Untuk tujuan ini, anda harus berhubung dengan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPM dan memastikan borang permohonan diisi dengan lengkap. Antara perkara yang harus diselesaikan sebelum menghantar borang permohonan tersebut termasuklah mengemukakan: 1. Satu salinan Borang Penyelidikan BPPDP 1.2 yang lengkap. 2. Satu salinan cadangan penyelidikan yang lengkap mengandungi Bab 1: Pengenalan, Bab 2: Tinjauan Literatur dan Bab 3: Metodologi. 3. Satu salinan instrumen kajian. 4. Satu salinan senarai sampel yang terlibat dalam kajian. 5. Kertas cadangan dan instrumen kajian yang telah diluluskan dan disahkan oleh penyelia. 6. Surat pengesahan status pelajar daripada universiti. 7. Dua keping sampul surat (21.5 cm x 10.5 cm dan bersetem RM 0.80 setiap satu); satu daripadanya beralamat pemohon (option - jika anda ingin mengambil sendiri surat kelulusan maka perkara 7 boleh diabaikan) Tambahan: Pastikan sampel kajian anda tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, SPM dan STPM). Borang yang telah lengkap dengan lampiran boleh dihantar ke: BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN ARAS 1-4, BLOK E8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA Telefon :03-8884 6591 62604 / Faks :03-8884 6579 Kebiasaannya proses untuk mendapatkan surat kelulusan tidak memakan masa yang terlalu lama, mungkin sekitar seminggu sahaja. Jika ada yang memerlukan borang tersebut, bolehlah muatturun di sini:
Prosedur seterusnya - setelah mendapat kelulusan daripada pihak EPRD KPM, anda perlu berurusan dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri - bergantung kepada lokasi insitutsi yang terlibat dengan penyelidikan anda, misalnya Selangor dan Perak. Dalam contoh ini, anda perlu mendapatkan permohonan daripada JPN kedua-dua negeri dengan mengemukakan surat yang telah diperolehi daripada EPRD. Surat daripada JPN perlu dibawa ke institusi terlibat sebelum pengumpulan data dilakukan. Mungkin ada yang merasakan proses ini sebagai sesuatu yang sukar namun hakikatnya, inilah prosedur yang harus dilalui oleh setiap penyelidik yang beretika. Tiada yang mudah dalam perjalanan penyelidikan, namun proses ini hanya umpama secebis daripada proses keseluruhan yang lebih panjang pastinya! Always keep your aim high! :) Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana bengkel penulisan yang dirancang berjaya dilaksanakan. Paling manis kerana bengkel kali ini mengumpulkan majoriti pelajar masters dan PhD di bawah penyeliaan saya. Terima kasih semua atas kehadiran sehingga ke petang. Tidak banyak perkara yang dikongsikan sebenarnya. Sekadar mengingat semula ciri-ciri artikel yang baik serta tips penulisan yang efektif. Selebihnya saya lebih banyak bersama pelajar secara one-to-one dan melihat perkembangan penulisan serta tajuk pilihan masing-masing. InshaAllah satu bengkel lain akan dijalankan untuk proses pemilihan jurnal pula. Di pertengahan bengkel, kala saya sedang ralit memberi maklumbalas kepada penulisan Intan, Afiqah datang memanggil saya dengan nada cemas .. "Syaida!" katanya ..lalu meluru ke luar. Saya mula membayangkan sesuatu yang buruk lalu bergegas mengekori Fiqah. Tiba di luar bilik mesyuarat, kejutan berlaku. Memang benar-benar mengejutkan! Sebiji kek dan sejambak bunga segar menanti saya di sana, serentak dengan itu lagu Happy Birthday berkumandang ... Allahu .. air mata saya bagai tidak dapat ditahan-tahan. Perasaan berbaur ketika itu. Alahai ... bukan ini yang saya pinta .. namun ingatan ikhlas daripada barisan pelajar saya cukup menyentuh rasa sesunggahnya! Terima kasih semua - Shah, Ila, Syaida, Nad, Fiqah, Lee, Huda, Intan Fairus dan Firdaus atas kejutan yang tidak diduga ini ^___^ Apa yang berlaku membuat saya merefleksi diri. Sesungguhnya, hubungan supervisor dan supervisee bagi saya bukan sekadar hubungan formal yang terbatas dengan penyelidikan dan penulisan semata-mata. Sebaliknya ianya sebuah silaturahim yang luhur, kerana melalui proses penyeliaan saya mengenali hati budi para pelajar dan saya sebenarnya enjoy our togetherness! Semoga silaturahim ini kekal bertaut meski masa memisahkan kita kelak ameen.. Masa begitu pantas berlalu, hanya hari ini sempat saya luangkan masa untuk mencoret. Doa saya sentiasa mengiringi semua agar segala hajat dan impian berjaya dicapai dengan cemerlang dan warna-warna kegemilangan! Jumpa lagi! Alhamdulillah.
Dan saya tahu dia benar gembira. Bukan setakat dia, namun saya turut merasakan betapa hebatnya perasaan apabila destinasi yang didamba akhirnya tiba jua. Saya ada menulis tentang dua pelajar sarjana saya - Fiqah dan Nadirah dalam page When My Mind Speaks yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang. Dan semalam, seusai majlis tandatangan perjanjian bersama rakan penyelidik Lesson Study dari Nagoya University - Prof. Shibata dan Dr. Arani, saya didatangi Afiqah di ruang luar Bilik Telesidang untuk penyerahan tesis berkulit keras ini. Semoga ini akan membakar semangat rakan-rakan yang lain untuk meneruskan perjalanan. Ingatlah bahawa tiada yang mudah dalam hidup ini, namun jalannya perlu diteroka dengan azam dan istiqamah yang padu. A meaningful learning does not necessarily take place in formal conditions. In fact, we informally learn from others surrounding our world. In a community of practice, among the substances that help members in the community to grow emotionally and professionally is through story-telling. On that basis, I purposefully invited one of my master students who graduated in 2014 to come to our faculty and shared her story with my other post graduate students. The spirit was to share thoughts on what doing research is all about, what it takes to make it through and the utmost interesting part was what is the feeling like to have finished the research and graduated with flying colours. Ummu was an example of thousands of students who passed their masters study. But her story was unique and was described by some of my current students as inspirational indeed - especially when she had to check in to hotels to finish up the writing and left her newly born baby with her parents. Money was not an issue that time. Her determination and perseverance really made her to move on. It was feeling good every time I see my students getting together and exchange stories and ideas. As a researcher, we cannot think and work alone. Ideas has to be shared, solution has to be discussed, achievement has to be celebrated together. Well, my vision is to make them feel the sense of belonging to this community. My heartful thanks to everybody who attended this session, including our invited guest - Ummu. Fly high everyone! ^__^ Thanks Allah The Almighty for giving us time to meet up and share a lot of things related to research. I purposely set up this meeting as a platform for my master students to share their research progress. Thanks everybody who participated in the presentations. For those who did not manage to come - its okay, we will be having another session in the next couple of weeks. I asked my students to prepare few slides and share their research findings with others. By doing this, I hope to cultivate a sense of belonging to their own research as well as the learning community that includes all my post graduate students. Based on community of practice approach, it is anticipated that members would learn from each other, and dynamically contribute to the learning process. I am proud of them although some considered themselves as 'slow-paced' but personally I do not see that as a hindrance. As long as everybody has a clear target, working towards it continuously or slowly but surely, I am pretty positive that very soon you will reach there!
Salam and good day everybody,
Here is the slide that I used in the Case Study Discourse for your reference. You may also view the presentation HERE Hope this little effort benefits you :) Insha Allah, I will be sharing my little knowledge and experience related to conducting Case Study research on 1st April 2016.
The session will cover: a) Introduction to Case Study b) When to use Case Study approach c) Sampling in Case Study d) Generalization issue Target audience: Post graduate students |
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |