Minggu ini menyaksikan segerombolan lagi pelajar baharu datang ke fakulti samada di peringkat pengajian masters mahupun PhD. Di mata masing-masing terpancar seribu harapan, azam yang menggunung dan tidak kurang juga teruja dengan cabaran yang menanti di hadapan sana! Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat datang buat semua ke FPend tercinta. Maka secara rasminya, kaki anda sudah menaiki kapal yang bakal berlayar menuju destinasi tersendiri. Semakin lama anda belayar semakin banyak pula gelombang uji yang menanti di kiri kanan. Pulau destinasi masih jauh dari pandangan, tetapi bagi mereka yang konsisten mengayuh, pasti lambat-laun anda akan dapat mendapat rentak bagaimana mengemudi kapal untuk membelah samudera yang maha luas. Bagi yang masih ragu-ragu dengan ombak membadai, pasti agak lambat meninggalkan pelabuhan. Mungkin kata hati mereka - 'kita tengok kapal lain dahulu .. bagaimana laluan yang mereka ambil. Apa tips untuk menghunjam ombak ganas di hadapan. Namun percayalah, laluan setiap pelayar tidak akan sama! Begitu banyak faktor yang akan mempengaruhi perjalanan pelayaran anda!
Percaya atau tidak, penyelia anda memainkan peranan yang besar dalam kejayaan seseorang. Malah, rakan-rakan di sekeliling turut menyumbang kepada jatuh bangun individu. Namun, tanpa faktor yang satu ini, meskipun anda direzekikan untuk mendapat penyelia yang sangat membantu, rakan-rakan yang sangat mendokong antara satu sama lain, tanpa kehendak diri, anda tidak akan ke mana-mana. Justeru, semangat, keyakinan serta tekad dan azam untuk melepasi setiap tangga ujian yang menanti merupakan ramuan paling utama jika anda ingin berjaya melepasi tempoh pembelajaran ini. Kehidupan dalam tahun-tahun menjalani kembara PhD adalah satu lorong masa yang sangat sunyi. PhD is a lonely journey. Bukan sekali saya mendengar ujaran ini. Malah, pengalaman sendiri turut menyaksikan kebenaran itu. Meski di kiri kanan wujud sahabat handai yang menemani perjalanan itu, akhirnya ia kembali kepada diri sendiri juga. Tanpa semangat untuk menulis secara tekal setiap hari, tesis anda tidak akan berganjak halamannya. Tanpa inisiatif sendiri untuk memperdalami kemahiran menganalisis data misalnya, data berlambak tidak akan tersusun dengan sendiri untuk memberi makna kepada dapatan kajian. Tanpa disiplin diri untuk mencabar diri mencapai satu-satu tahap dalam perbatuan kerja, maka jadual yang indah tersusun tidak akan bermakna juga pada akhirnya. Sakit. Memang sakit. Kadangkala otak kita bisa menjadikan kita 'kegilaan'. (Bukan gila ye). Kata orang PhD means Permanent Head Damage. Itu lelucon biasa dalam pengajian PhD. Kita ketawa seketika sebagai mengubat rawan dan duka. Malah di waktu pengajian PhD, personaliti kita kadangkala berubah 180 darjah. Yang peramah bisa jadi bisu. Yang murah senyuman bisa berwajah zombie. Kita kadangkala mungkin akan berbicara sendiri sewaktu memandu kereta. Atau di kala mata baru hendak terlelap, jangan terperanjat jika tiba-tiba otak 'bangun' lalu ligat mencetus idea sana-sini. Lalu kita akan bingkas menuju komputer untuk mencatuk-catuk seketika. Kemudian scroll up, scroll down .. tiba-tiba idea tadi hilang semula! Itu biasa. Dan itu sememangnya menyeksakan! Malah itu memang asam garam dalam hari-hari PhD kita yang panjang! Jadi bagi mereka yang baharu mendaftar, bersedialah secara mental akan perubahan dan kegilaan yang bakal anda lalui beberapa tahun ini. Tetapi, jangan risau, meskipun ini kelihatan 'gila' namun ia adalah sesuatu yang normal! Jadi jika suatu masa nanti anda melalui simptom-simptom sebegini, tepuklah belakang sendiri kerana itu bermakna anda benar-benar menyelami kehidupan pelajar PhD! Sehingga para ini, saya kira anda memikirkan yang saya cuba menakut-nakutkan anda dengan kisah kegilaan? Bukan itu maksud utama saya. Beberapa pelajar yang bukan berada di bawah penyeliaan saya pernah datang ke bilik untuk bersembang secara santai serta mengharapkan tips untuk kekal dalam momentum, teguh dan cekal jiwa raga, serta mampu menyempurnakan penulisan tesis mereka sehingga ke akhirnya. Hmm .. rasanya tidak pernah saya menulis secara harfiah begini tentang pengalaman saya semasa melalui proses pengajian PhD, meskipun secara lisannya saya pernah berkongsi dengan para pelajar saya tentang pahit maung saya semasa bergelar pelajar PhD di University of Nottingham. Penyelia utama saya bernama Gordon Joyes manakala penyelia kedua pula bernama Linda Ellison. Kedua-duanya berbangsa Inggeris, berambut perang, serta memilik sepasang mata berwarna biru yang mempesona! Seingat saya, di tahun pertama pengajian, penyelia saya banyak memberikan penekanan terhadap apa yang saya telaah dan baca. Setiap kali penyeliaan, saya diminta untuk mengupas apa hasil pembacaan yang telah saya lakukan. Malahan, penyelia akan menetapkan satu tarikh untuk sesi penyeliaan seterusnya. Setiap kali selesai sesi perbincangan, saya diminta menulis satu laporan ringkas tentang agenda yang dibincangkan dan paling penting, apa yang perlu dilakukan sebelum sesi penyeliaan yang akan datang. Percaya atau tidak, saya mula-mula menyiapkan bab 2 terlebih dahulu sebelum menghasilkan bab 1. Oleh kerana penulisan tesis saya perlu dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris, saya merasakan bahawa proses penulisan itu sesuatu yang agak sukar pada mulanya. Maklumlah saya bukanlah pelajar TESL, sebaliknya lebih banyak bergelumang dengan Bahasa Arab berbanding Bahasa Inggeris pada pengajian ijazah pertama :) Namun kerana Gordon dan Linda sentiasa mengatakan bahawa penulisan saya sebagai 'understandable', 'acceptable' dan seringkali mereka mengucapkan syabas lalu self-esteem saya mula meninggi. Saya redah sahaja meskipun saya tahu masih banyak ruang untuk penambahbaikan tetapi oleh kerana mendapat maklumbalas yang 'memberangsangkan' jadi saya tidak putus asa. Saya mula mengutip data secara temubual pada semester kedua pengajian. Dan ia berlangsung sehingga akhir tahun kedua. Percaya atau tidak, pada tahun ketiga saya masih mengutip data - data baharu daripada satu lagi kumpulan responden yang tiba-tiba muncul secara snowball. Saya masih ingat kata Gordon seusai saya menceritakan 'penemuan' saya terhadap satu lagi komuniti dalam talian yang aktif dalam kalangan guru di SBP - 'Fariza, you should go for it!' . Lalu tanpa berfikir dua kali, saya terus menghubungi mereka dan hasilnya saya mempunyai segunung data temubual yang dikutip daripada tiga fasa, dan bagi setiap responden tidak kurang dari 3 kali temubual dijalankan. Selesai proses pengumpulan data, saya mula kegilaan. Data yang terlalu banyak, berselirat, berterabur dan belum di'anyam' menjadi dapatan yang bermakna membuat saya lemas dalam lautan dan timbunan data. NVivo sekalipun tidak mampu menyelamatkan emosi saya yang sarat dengan tandatanya. Bagaimana mungkin saya mempersembahkan data yang terlalu banyak ini? TIdak dinafikan saya 'masak' dengan setiap dapatan sehingga saya bisa mengingati jawapan itu datangnya daripada siapa dan di fasa mana. Namun, kedua penyelia saya turut mengakui bahawa mereka sendiri tidak dapat membantu untuk merungkai kekusutan itu. Bayangkan talian hayat sudah tidak boleh digunakan. Kepada siapa anda hendak mengadu? Bagi kita, hamba Allah yang percaya kepada hakikat yang tiada yang mustahil dalam ilmu Allah, maka di saat-saat begini, jika kita tidak kembali kepadaNya, adalah satu hal yang tidak boleh diterima akal. Memang, saya akui pada ketika itu, bagai tersedar akan kealpaan, kelekaan dalam kegilaan mengorek menggali data, bahawa Dia ada dan Dialah sebaik-baik pemberi petunjuk. Saya tidak segan mengatakan bahawa pada saat itu, pergantungan kepada Maha Pencipta berada di tahap paling tinggi. Allah .. Allah .. ilham itu datangNya daripada Dia. Suatu hari, saya membelek semula satu buku dan entah bagaimana, saya mula tertarik untuk menggunakan teknik menganalisis data yang dikemukakan. Saya mencuba dan mencuba selama berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan 'makna' daripada segala data yang ada. Dan akhir beberapa purnama yang panjang akhirnya saya berjaya menyiapkan bab 6 (bab dapatan). Gordon ternyata gembira dengan teknik tersebut lalu meminta saya menyiapkan bab 7. Dalam tempoh itu, entah berapa kali draf penulisan saya bertukar tangan. Seringkali menerima catatan balas, pasti saya termenung kosong. Ada sahaja perkara yang tidak langsai. Kerap kali Gordon menulis ' You are not being critical enough Fariza!' Luluh hati saya. Air mata yang gugur tak usahlah disukat. Barangkali bercawan-cawan atau berbaldi! Saudara-saudari, tempoh itu satu tempoh yang menyiksakan. Ia umpama telur di hujung tanduk. jika tidak kuat isitqamah, pasti ada yang syahid. Justeru, suka saya tegaskan bahawa setiap yang melangkah ke alam PhD, tidak semuanya akan selamat tiba di destinasi kerana pasti akan ada yang gugur di tengah jalan, kerana perjalanannya memang panjang, menyakitkan malah boleh menukar siapa diri kita. Namun sekali lagi, saya bukanlah hendak menakut-nakutkan anda. Kerana saya percaya, dalam perjalanan PhD ini, kita sebenarnya bukan bersaing dengan orang lain. Sebaliknya, persaingan sebenar adalah diri kita sendiri! Kejapkan azam, perbetulkan niat dan jangan lupa berusaha serta paling penting, tadahlah doa dan mohonlah daripada Yang Maha Mendengar agar setiap langkah dalam perjalanan ini dipermudahkan. Janganlah terlalu taksub untuk graduate on time, sebaliknya, carigalilah hikmah (wisdom) daripada keseluruhan proses pembelajaran tersebut, kerana sekali anda melepasinya garis penamatnya, tiada kata-kata yang boleh melambangkan perasaan sebenar akan manisnya sebuah perjuangan. Kerana kesakitan itu jugalah, mudah-mudahan akan mencipta nilai diri kita yang empati serta menghargai susah payah dalam pencarian ilmu. Meski PhD dalam genggaman, kita ini bukanlah mahaguru. Ilmu yang ada hanyalah setitis daripada lautan ilmuNya. Jadi janganlah berbangga diri berjalan menongkat langit kerana PhD adalah satu permulaan, bukannya pengakhiran. Ingatlah pesanan Imam As-Syafi'i: "Jika Kamu tidak dapat menahan lelahnya belajar, maka kamu harus sanggup menahan perihnya Kebodohan." Selamat Maju Jaya semua! ^___^
4 Comments
Much has been discussed on how Augmented Reality (AR) can help motivate students and help them to gain more meaningful learning. AR is also listed in the trends in e-learning for year 2018, which indicates the relevance and significance of studies on AR. Currently I have 4 students (two master and two undergraduate) who are in the midst of doing a research on AR. Congrats on your presentations - Farhaha, Nadhira, Hazeem and Izyan! Looking forward to hearing a good result from the AR stuff your are developing! 31 Oktober 2017. Tarikh keramat bagi para graduan Sarjana dan Prasiswazah Fakulti Pendidikan yang menaiki pentas meraikan pengakhiran sebuah perjuangan mencari ilmu. Saban tahun, saya percaya para pensyarah yang menghadiri majlis ini pasti melalui rasa yang pelbagai - gembira, bangga, terharu malah. Apa tidaknya, melihat anak-anak didik mendaki tangga di hadapan mata merupakan satu pengalaman dan kepuasan yang tidak dapat diperigambarkan. Saya percaya juga, inilah sebenarnya kapsul semangat dan motivasi paling mujarab dalam kelangsungan profession seorang pendidik. Sekalung tahniah buat semua yang telah bergraduasi! Senyuman manis yang terukir di wajah anda semua cukup menggambarkan betapa indahnya pengalaman tersebut, di sebalik setiap jerih perih yang telah diharungi. Inilah hadiahnya! Dan anda bukan sahaja meraikan kejayaan ini bersama rakan-rakan yang duduk sebaris, malah ahli keluarga anda juga adalah kelompok yang paling gembira pastinya! Jangan dilupa juga barisan pensyarah di kerusi hadapan yang telah anda hadiahkan 'tunduk hormat' pada akhir sidang konvokesyen. Pengajaran: Kejayaan kita dalam hidup ini tidak dicapai secara mutlaknya kerana usaha kita semata-mata. Jangan dilupa doa yang sering dikirim ibu dan bapa tercinta dari kejauhan, malah berkat dalam menuntut ilmu serta keredhaan mereka yang mendidik juga tidak kurang signifikannya. Dan yang paling utama, setiap pencapaian kita tidak akan menjadi kenyataan tanpa rahmat dan kasih sayangNya. Lalu, jadilah manusia yang tahu bersyukur dengan setiap apa yang diterima. Mudah-mudahan segenap ruang dalam hidup kita akan sentiasa diiringi rahmat dan barakah. Semoga setiap ilmu yang dikumpul bisa dimanfaatkan oleh orang lain jua. Nota: Saya ingin merakamkan ucapan tahniah secara peribadi buat enam supervisees saya: Syaida, Rohaila, Firdaus dan Aimi serta Maryam dan NurSyamimi!! Ketemu lagi pada Konvokesyen 2018 - inshaAllah! ^____^ Lagi siaran tertunda.
Cerita Ogos nan lalu tetapi masih kejap di hati. Sudah agak lama tidak diajak berbengkel jauh dari kampus Bangi. Yang bagus apabila berbengkel di luar adalah kerana masa yang lebih panjang untuk menelaah segala dokumen dan merapikan penulisan. Sehingga lewat malam pun jemari masih mengetuk aksara, otak masih ligat menjana idea. Alhamdulillah, terima kasih buat ketua projek TRGS Prof Dr Ruhizan yang menjemput kami. Namun jemputan ini bukan untuk bersuka-suka. Sekurang-kurangnya tiga manuskrip untuk jurnal terindeks dihasilkan dengan jaya. Peluang yang ada ini juga kami isi dengan perkongsian idea secara santai. Mazzlida - pelajar PhD di bawah seliaan saya nyata mendapat banyak input untuk memantapkan bab beliau. Tidak kurang juga Mariam dan Nani yang sama-sama duduk semeja. Tiada yang mustahil. Benar, jika fokus sepenuhnya diberi untuk penulisan (dan putuskan hubungan dengan social media/whatspp/telegram/emel) inshaAllah kita sebenarnya mampu menghasilkan sesuatu yang sangat produktif. Berapa ramai daripada kita yang tidak dapat berpisah dari telefon bimbit ketika menulis? Cubalah tips ini - off kan handphone - lupakan FB, Twitter, WhatsApp atau Telegram. Fokus untuk sejam dahulu dan anda akan dapat lhiat hasilnya! Jom perangi PROCRASTINATION!! :) Publication Made Easy for Postgraduate Students - a session that was designed to help postgraduate students in producing a 'publishable' work. Alhamdulillah the session went smoothly well. I tried as much as I could to convince the audience that if there is a will there is a way! That is my clear message to all. The most popular publication is empirical article but if you haven't collected your data, you can always write a conceptual paper. That is for sure!
Although having your article written and published is no an easy process, it is not impossible to achieve. I wish everybody a happy writing and all the best in your learning endeavour! Setinggi-tinggi syukur jua dirafa'kan kepada Ilahi kerana setelah sekian lama baharulah sempat perjumpaan berkumpulan antara pelajar-pelajar di bawah seliaan saya berjaya dilakukan. Sesungguhnya masa sering mengheret banyak perkara sehingga tertangguh-tangguh.
Perjumpaan pada kali ini melihat beberapa pembentangan dilakukan oleh para pelajar saya yang berkongsi hasil penyelidikan yang telah lengkap mahupun yang masih dalam proses dan pengembangan. Tahniah buat semua - Farhana, Syamimi dan Maryam yang telah memberikan penerangan yang menarik lagi komprehensif tentang penyelidikan masing-masing. Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini membuka minda dan idea kepada yang lain-lain untuk terus fokus terhadap penyelidikan masing-masing. Ayuh semua, tetapkan azam dan kuatkan semangat serta lipatgandakan usaha untuk terus menyiapkan penyelidikan. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kejayaan tidak datang bergolek, tanpa usaha tentulah kita tidak akan ke mana-mana! XOXO It's been a while since our last meeting was held. Time flies soo fast that I couldn't get hold to many things. InshaAllah the next progress meeting will be held as follows: I will also be sharing some tips on publications. See you there guys! XOXO InshaAllah we will follow the routine .. another progress meeting with all my postgraduate students will be held on 28th December 2016. Three of my students - Ila, Syaida and Lee will be presenting their Porject Paper 2, while Shah will be sharing his overall research findings as his mock viva. I am looking forward to seeing everybody in this meeting. InshaAllah I will also be talking on tips to write a problem statement and how to do a comprehensive LR. Insya-Allah satu simposium Pendidikan diPeribadikan (Personalized Learning) akan diadakan awal 2017. Simposium ini merupakan anjuran Kumpulan Penyelidikan Personlaized Learning UKM yang diterajui oleh PM Dr. Rosseni Din dan saya terlibat sebagai salah seorang ahli kumpulan. Saya kira ini peluang keemasan bagi setiap orang untuk menyertainya kerana: - pengisian yang bakal dikongsi melibatkan integrasi ilmu akli dan nakli - kita akan berkesempatan mendengar perbincangan lanjut tentang teknologi dari perspektif Islam dan bagaimana memurnikan kewujudan kedua-duanya untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat - pengucaptama yang dijemput dari luar UKM merupakan pakar berpengaruh dala bidang masing-masing - yuran yang sangat rendah - penginapan percuma untuk 100 peserta pertama yang mendaftar Ayuh, jom sertai Simposium yang julng-julung kali diadakan ini .. jumpa di sana! KLIK DI SINI UNTUK PAUTAN KE LAMAN WEB SIMPOSIUM Alhamdulillah all praise to Allah The Almighty! And congratulations .. specifically to Nadirah and Afiqah - my two master students on your graduation day. Indeed, the research journey is not something that everybody would cherish but believe me, if you do it with passion and sincerity, soon as it finishes .. all the hurdles will one day become something that you will value and treasure! Both Nadirah and Afiqah had successfully published an article in indexed journals and completed a chapter of a book. They had recently presented their research findings at the international conference as well. Obviously what they produced is beyond the requirement set by our faculty, i.e., each student should at least present their work at any conference as a prerequisite/condition for graduation.
My other students had also published chapters in book and are currently working on their journal articles. As to spur the momentum, a writing workshop will be held in the near future. In this case, a supervisor plays an important role - not only to make sure that they (students) will write, but more than that, a supervisor should spend his/her precious time to read and rewrite students' work. It is of importance that the writing and review process is done by both parties (student and supervisor). This effort will not only increase the quality of the article but also inculcate a sense of belonging to the writing process. Once again - congrats Nad and Fiqah! To my other beloved students - take this as a spirit to gear up! Cheers! |
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |