Pernah dengar tentang Trello? Trello merupakan satu aplikasi meudah yang boleh digunakan untuk pengurusan projek secara efektif. Saya sendiri menggunakan Trello untuk penyeliaan bersama pelajar pra dan pasca siswazah. Kursus ini terbuka kepada pensyarah dan staf sokongan fakulti pendidikan tetapi jika ada dalam kalangan pelajar PFEND (pra dan pacsa siswazah) yang berminat, saya alu2kan:
0 Comments
Alhamdulillah, bengkel pembinaan Weebly akhirnya berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang sangat memberangsangkan .. saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta (mohon berbanyak maaf kerana tidak sempat berkenalan dengan lebih lanjut .. tapi jangan segan untuk hubungi saya nanti ye!) yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menguasai kemahiran yang dibekalkan. Masa terlalu suntuk untuk membuka ruang yang lebih panjang untuk sesi hands-on .. namun saya mengharapkan sedikit sebanyak apa yang dikongsi dalam bengkel ini menjadi bekal berguna untuk memulakan langkah pembinaan laman web masing-masing :) Setinggi penghargaan juga kepada pihak Pengajaran UKM, khususnya Prof Dato' Mohamed Amin Embi serta PM Dr. Raihanah Mydin yang sudi memberi peluang untuk saya berkongsi sedikit maklumat bersama. Di atas kekurangan saya mohon berbanyak maaf. InshaAllah di lain kesempatan, bertemu lagi! :)
InsyaAllah satu lagi bengkel akan saya kendalikan dalam masa terdekat iaitu pada 16 Ogos ini berkaitan pembinaan laman web menggunakan Weebly. Sasaran bengkel merupakan kumpulan T30 yang meliputi pensyarah-pensyarah dari seluruh fakulti UKM yang terpilih dalam kumpulan berprestij ini.
Untuk memudahkan rujukan, saya lampirkan sekali slaid ringkas:
Alhamdulillah, perancangan untuk mengadakan bengkel MOOC kali ke 6 yang melibatkan dua aplikasi (Open Learning & Camtasia) mendapat sambutan menggalakkan - kerusi di makmal hampir penuh walaupun menjelang petang, kehadiran agak susut kerana pada tarikh yang sama, ada 2 lagi agenda yang berlangsung serentak di FPend. Terima kasih sayau capkan kepada semua yang hadir, khususnya buat Prof. Dr Supyan Husin serta En Hashim Muda dari PPTP UKM serta fasilitator Puan Liza dan Atikah. Doa saya agar usaha menyiapkan kursus MOOC akan dapat diteruskan oleh semua pensyarah terbabit. Barangkali dengan bertambahnya kemahiran untuk menggunakan Camtasia sebagai perisian untuk mengedit video serta screencasting, maka semakin bervariasilah bahan-bahan dalam kursus MOOC nanti! Sedikit peringatan tentang perjumpaan pada 15 Ogos 2015 ini. Ramai-ramai kita datang untuk mencari semangat meenruskan perjuangan MOOC! Sedikit gambar yang sempat dirakam: InsyaAllah saya akan bersama-sama dengan rakan-rakan pensyarah di IPGKBA sempena Hari Akademik dan Inovasi Pendidikan mereka pada 10 Ogos ini. Tajuk yang diberi adalah berkaitan pengajaran di abad ke-21. Tajuk ini saya kira amat relevan untuk dibincangkan secara serius khususnya dalam kalangan tenaga pendidik, seiring dengna perkembangan semasa serta kehendak dan stail pembelajaran generasi Z kini. Melihat tajuk bengkel ini membuat ingatan saya meluru kepada sebuah buku hasil penulisan para pelajar Sarjana saya untuk kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat yang bertajuk Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Buku inin mengandungi 10 bab yang menyentuh pelbagai aspek penggunaan dan kritikan tentang integrasi teknologi dalam pendidikan Abad ke 21.
Alhamdulillah diam tak diam Bengkel Pembangunan MOOC Fakulti telah memasuki Siri ke-6. Syabas dan tahniah buat semua yang hadir dan menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. InsyaAllah, sasaran UKM agar setiap fakulti menghasilkan sekurang-kurangnya 15 kursus Massive Open Online Course (MOOC) akan menjadi realiti kerana sehingga hari semalam, sebanyak 24 kursus didaftarkan dalam projek ini. Kita mengharapkan agar kesemuanya mampu disempurnakan menjelang majlis pelancaran MOOC pada bulan September 2016 kelak!
Saya sendiri belum sempat menghasilkan apa-apa bahan untuk kesepuluh modul yang dirancang! My personal, special thanks to my three assistances yang hadir untuk sama-sama membincangkan konsep video promosi kursus Inovasi dan Teknologi dalam P&P (ITD2P). Mudah-mudahan berkat bulan yang mulia ini, semua usaha diganjari pahala dan menjadi satu jihad ilmu untuk mengembangkan pengetahuan ... amin Assalamualaikum,
Masa begitu pantas berlari sehingga tidak terkejar rasanya. Bengkel e-pembelajaran juga sudah agak lama tidak dijalankan. Sesekali, berbengkel di bulan puasa tiada salahnya kan .. Saya dengan sukacita menjemput semua pensyarah dan staf sokongan Fakulti untuk hadir ke bengkel 2P ini. Dua aplikasi digabung bersama. Mudah-mudahan memberi lebih kemahiran untuk terus digunakan dalam praktis seharian :) Jumpa nanti! I was invited to conduct a workshop on Powtoon to The Personalized Education Group Team Members. It was an interesting session as working in a smaller group enabled me to give more focus on individual needs. Semoga bermanfaat! ^___^
Salam semua,
Saya mohon kerjasama semua peserta Bengkel Photoshop agar dapat mengisi borang maklumbalas ini sebelum majlis bersurai. Terima kasih ^___^ |
Find categories here
All
Archives
March 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |